Medtronic Catheter System
Medtronic catherer system merupakan salah satu teknologi perubatan yang dibuat oleh Medtronik,Inc iaitu sebuah perusahaan yang mengembangkan alat-alat teknologi perubatan. Ia digunakan untuk merawat gangguan fibrilasi atrium yang dihidapi pesakit yang tidak boleh lagi dirawat dengan ubat. Fibrilasi atrium menyebabkan jantung berfungsi dengan tidak teratur. Alat ini membantu menghentikan fibrilasi dalam ruang jantung dengan memberikan sebuah pendidngin yang menghalang laluan konduksi yang mencetus atrial fibrilasi.
Bicycle for disabilities Future technology
Pereka basikal iaitu Gavin Smith telah mengeluar rekaan basikal yang baru yang boleh membantu golongan kurang upaya menunggang basikal sendiri. Kadang kala kekurangupayaan seperti celebral palsy boleh member kesan kepada fungsi motor asas seperti keseimbangan. Maka mereka tidak boleh menunggang basikal biasa. Basikal ini boleh menyokong penunggang basikal secara automatic dan boleh diimbangi dan dikendalikan dengan mudah. Rekaan ini juga bleh ditunggang dengan yakin dan selamat tanpa perlunya bantuan.
Piranha Kayak Fishing Hand Paddle
Sukan memancing kayak adalah salah satu sukan outdoor yang sedang berkembang. Namun, pemancing kayak mempunyai kesulitan untuk mengayuh kayak dan memegang joran pada masa yang sama. Backwater Paddle Company di USA telah memperkenalkan Piranha Kayak Fishing Hand Paddle. Ianya dicipta bagi memudahkan pemancing untuk menggerakkan kayak ketika memancing. Dengan saiz dayung yang kecil iaitu 6 atau 7 ounce maka lebih mudah untuk pemancing memegang batang pancing sambil mengawal kayak. Dayung ini bukan sahaja memudahkan pemancing kayak tetapi juga ahli sukan dan juga jurugambar yang perlu menggunakan kedua-dua belah tangan ketika sukan mendayung.
Tembikai Bentuk Hati
Teknologi di Jepun telah menghasilkan tembikai yang berbentuk “love” di mana ianya tidak dijual di pasar seperti biasa tetapi tembikai ini khas dijadikan hadiah kepada pasangan. Ianya tidak dikira timbang kilo untuk dijual. Harga tembikai unik ini adalah 15 750 yen bersamaan dengan RM558.16 di Malaysia.
Drop Car
Pelbagai idea rekaan kereta pada masa hadapan dikemukakan bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas. Kereta konsep yang diberi nama Drop ini merupakan hasil rekabentuk oleh Rubem De Floriani dari brazil. Kereta konsep ini amat sesuai untuk digunakan di bandar-bandar besar yang sentiasa mempunyai masalah kesesakan jalan raya. Ianya bersaiz kecil dan hanya boleh memuatkan seorang sahaja. Kelebihan kereta ini adalah mudah untuk diletakkan dan diguna di ruang yang sedikit.
Alat Keselamatan Motosikal
Alat keselamatan ini direka oleh Marc Graells adalah untuk pengguna motosikal. Alat ini bukan sahaja boleh digunakan sebagai alat sekuriti bahkan ia juga berupaya untuk melindungi motosikal daripada sebarang habuk dan kotoran. Alat ini dilengkapi dengan penggera keselamatan jika terdapat sebarang cubaan untuk mencuri motosikal. Inovasi ini mungkin agak baru bagi kita dan akan menjadi salah satu pilihan bagi pengguna motosikal.
Fruit Juice Packaging
Pereka indutri di Jepun iaitu Naoto Fukasawa telah mencipta siri pembungkus jus buah yang kreatif. Pembungkus serta rasanya adalah seberti buah yang terkandung di dalam kotak tersebut. Jus pisang akan dibungkus seperti kulit pisang manakala pembungkus strawberi pula dibungkus seperti buah strawberi. Selain jus strawberi dan jus pisang terdapat juga jus kiwi dan minuman soya. Minuman soya dibungkus seperti tauhu sutera. Pembungkus begini boleh menarik minat pelanggan untuk membeli dan juga memberi kepuasan minum kepada penggemar jus.
Katil Robotik
Syarikat elektronik gergasi Jepun iaitu Panasonik telah mengeluarkan produk baru iaitu katil robotic yang mana boleh diubah menjadi kerusi roda. Keistimewaan katil robotic ini adalah ia tetap terasa seperti di atas katil atau kerusi roda ketika transfomasi berlaku. Dengan teknologi ini ia membuatkan kehidupan lebih mudah terutama golongan kurang upaya dan warga tua. Teknologi ini amat membantu memandangkan Jepun mempunyai bilangan warga emas yang besar.
Powerloader Light
Powerloader light adalah salah satu alat robotik yang berkuasa yang mana boleh membantu manusia membawa beban hingga 100kg. Alat ini dibangunkan oleh pengusaha robot yang berpusat di Tokyo, Activelink yang merupakan salah satu syarikat dari Panasonic. Teknologi ini boleh membantu manusia melakukan kerja dengan mudah, cepat, dan lebih praktis. Alat ini diletakkan hampir ke seluruh tubuh manusia. Maka penggunaan tenaga manusia dapat dikurangkan.
Squibble Portable Braille
Pereka Inggeris iaitu Andrew Mitchell telah mencipta Squibble Portable Braille yang mana memudahkan kehidupan golongan masalah penglihatan. Squibble menyediakan kemudahan taktil, audio dan visual dalam bentuk braille yang boleh berubah-ubah. Alat ini juga mempunyai kemudahan bluetooth yang mana boleh membantu pengguna mengakses pada gadget yang lain. Dengan menggunakan 779 ultrasonic motor, tulisan braille terbentuk pada permukaan silikon squibble dan ianya mudah difahami pengguna. Ianya mudah digunakan dan senang untuk dibawa.
Itulah alat-alat teknologi terkini yang saya kumpul. Sangat kreatif dan canggih. Jepun adalah antara negara yang sentiasa mengeluarkan ciptaan baru serta idea-idea baru. Disebabkan itu lah Jepun adalah negara maju dan sesiapa ke Jepun mereka perlu belajar bahasa mereka. Jepun membuktikan bahawa walaupun tanpa menggunakan Bahasa Inggeris mereka tetap boleh maju.
Saya nak kongsi sikit peristiwa terbaru yang berlaku di Jepun. Jepun baru sahaja mengalami bencana alam iaitu gempa bumi, tsunami dan juga loji nuklearnya meletup. Peringatan kepada kita semua.. secanggih mana pun peralatan yang boleh dicipta oleh manusia namun Allah s.w.t tetap lebih berkuasa..=)
No comments:
Post a Comment