Thursday 14 April 2011

~~bahan bantu mengajar bukan elektronik~~

assalamualaikum n hye sume...

esemen seterusnya adalah bahan bantu mengajar...syarat2 bg asemen ini adalah TIDAK BOLEH MENGGUNAKAN BAHAN ELEKTRONIK...jeng2...apa mau buat yer.. sepurnama difikirkan nk buat ape..erm..

got the idea...FARMVILLE versi bkn dlm facebook...ehe...
sebelum tu kita citer dlu bahan-bahannya...

1. clip art lembu, pokok, kambing, itik, ayam, dan kuda yang telah diprint warna
2. pencungkil gigi
3. polistrin board, kertas minyak, kotak
4. gam, salotape, gunting

cara-caranya..
1. tampal bahan-bahan clip-art atas kotak dan gunting mengikut bentuknya
2. lekatkan pencungkil gigi di belakang  replika haiwan dan pokok supaya replika tersebut boleh berdiri tegak.
3. balutkan polistrin board dengan kertas minyak supaya ia kelihatan seperti tanah
4. cucukkan replika pada polistrin board
5. lekatkan nama haiwan

itu sahaja..ianya senang untuk dibuat tetapi mengambil masa yang lama kerana bahan-bahan clip-art  yang digunakan banyak dan perlu digunting satu persatu...(credit to frens yg membantu=) )

tujuan : untuk mengajar pelajar pendidikan khas nama-nama haiwan dalam Bahasa Inggeris.
  now..enjoy the picture!!


farmville in progress

in progress



hampir siap
siap sudah...FARMVILLE...lets learn kids!!=)


Wednesday 6 April 2011

~~dont judge a book by its cover~~

Assalamualaikum n hye sume...

ade kaitn ke tajuk post ni dengan isi kandungannya..??ehe
ade la sikit2 sbb next asignmen sy adalah 'kulit buku'...so kami semua dikehendaki design satu kulit buku.. sy dengan penuh berangannya nak terbitkan buku sendiri mereka dan mencipta la kulit buku saya...


ini la hasilnya... =)

i have AUTISM

ini je yang mampu sy buat...hope suka la ye...hehe

sy memilih tajuk ni sebab sy rasa nak mendedahkan semua perkara yang berkaitan dengan autism iaitu salah satu kategori bagi pelajar-pelajar berkeperluan khas. kat sini saya nak kongsi serba sedikit mengenai autism..

Autism merupakan sejenis kecelaruan neurologikal yang mendatangkan impak negatif ke atas kemahiran sosial, komunikasi dan imaginasi individu yang mengalaminya. sebahagian besar daripada individu yang mengalami autism juga mengalami kekurang upayaan intelektual.

nanti saya kongsi secara detail lg mengenai autism dan ketegori2 lain lagi dalam next post yer..
thanks..=)