esemen seterusnya adalah bahan bantu mengajar...syarat2 bg asemen ini adalah TIDAK BOLEH MENGGUNAKAN BAHAN ELEKTRONIK...jeng2...apa mau buat yer.. sepurnama difikirkan nk buat ape..erm..
got the idea...FARMVILLE versi bkn dlm facebook...ehe...
sebelum tu kita citer dlu bahan-bahannya...
1. clip art lembu, pokok, kambing, itik, ayam, dan kuda yang telah diprint warna
2. pencungkil gigi
3. polistrin board, kertas minyak, kotak
4. gam, salotape, gunting
cara-caranya..
1. tampal bahan-bahan clip-art atas kotak dan gunting mengikut bentuknya
2. lekatkan pencungkil gigi di belakang replika haiwan dan pokok supaya replika tersebut boleh berdiri tegak.
3. balutkan polistrin board dengan kertas minyak supaya ia kelihatan seperti tanah
4. cucukkan replika pada polistrin board
5. lekatkan nama haiwan
itu sahaja..ianya senang untuk dibuat tetapi mengambil masa yang lama kerana bahan-bahan clip-art yang digunakan banyak dan perlu digunting satu persatu...(credit to frens yg membantu=) )
tujuan : untuk mengajar pelajar pendidikan khas nama-nama haiwan dalam Bahasa Inggeris.
now..enjoy the picture!!
farmville in progress |
in progress |
hampir siap |
siap sudah...FARMVILLE...lets learn kids!!=)